Friday, August 12, 2011

Semalam...


Semalam dia dtg lagi
Membuai mimpi indahku
Mengimbau kenangan dulu
Yg pernah terlakar
Sungguh riang lenaku
Bagai rerama mengepak ria
Dari kuntuman bebunga harum
Menghias kelopak taman hati
Taman syurgawi ku
Tenang ku rasakan
Walau lenaku tak panjang
Cukup utk ku tersenyum
Melirik di sudut kamarku
Bersinar pagi ku ini...

Tuesday, August 9, 2011

#SELAMAT MERAIKAN BULAN KEMERDEKAAN#



Sedutan sejarah perjuangan API dlm pembebasan Tanah Melayu dr British.....Penindasan oleh penjajah british & golongan feudal melayu:

1) penindasan drpd penjajah

2) penindasan drpd bangsa sendiri yg mnjadi perkakas penjajah

3) penindasan drpd kaum feudal

4) penindasan drpd ahli agama kolot

5) penindasan drpd kaum pemodal bangsa sendiri dan bangsa asing juga

Friday, August 5, 2011

Darah Rakyat (didedikasikan buat pejuang API)

Darah Rakyat
(catitan Abdul Majid Salleh)

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim

Ayuh! Ayuh! Bergerak sekarang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat

#sempena bulan kemerdekaan, marilah melagukan seni kata di atas.
Seni kata yg menjadi laungan pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu
Aku petik dari API. al-fatihah utk kalian....