Sunday, March 2, 2014

Kepulangan

azalinya aku sendiri jua
kala dulu di singgahsana
lalu menyatu dlm basyarku
ternyata aku masih sendiri
bermula pengharapan padanya
hanya padanya...
ukiran epilog kesejagatan
pesta hooray manusia bergunda
ternyata aku tidak sendri lagi...
enggan aku menyendiri sepi
bersenda bteman cengkerik usang
melayani bisikan halus
bertelanjang jasad dirasuk lembaga
tidak mahu aku begitu...
denyut nadiku bkn sia-sia
getar jantungku bkn angan lagi
hembus nafasku bkn hikayat
hidup jasadku membawa gembira
seisi alam turut merasa
namun aku akur cerita hayatku
tiba saat aku pulang jua
sendiri lagi menuju abadi
ketemu lagi separuh asalku
di atas neraca berpadu teguh.

Cahaya Akal

ku tenang sebesar alam
ku lihat indah tercipta
ku faham wujudnya aku
ku yakin aku adalah aku
adanya aku kerna kau ada
jika haiwan dipegang talinya
aku manusia dipegang akalku
aku fikir...
aku mahu...
aku rasa...
aku masih dlm kembara
aku lihat...
aku dengar...
aku hidu...
aku tuturkan...

Mencari Hakiki

dingin semilir membawa pawana
menyapa mulus di lubuk hati
menyampai rindu tsimpul rapi
rindu dendam berbunga sudah
sejak tersurat mengikut irradat
ku pupuk ku semai dlm upaya
agar bisa ku ketemu semula
cahaya yg kelam di dlm diri
pasti ku gilap kembali menyinar
buat ku suluh sepanjang jalan
menuju hakiki kekal abadi.

GAZA (bukan sekadar air mata)

Gaza menangis
insan merintih
terus berdarah
pekat merah

Di kala dunia sadar
aku di sini merasa kerdil
doa ku linangan air mata
buat kalian saudara mujahid

Gaza meraung
insan terdera
terus terpasung
penjara melingkung

Di kala dunia bangkit
aku di sini merasa bingung
bila putik kesedaran
dilekehkan khalayak

Saturday, February 15, 2014

Insani

Dari hujung rambutku
Membawa ke hujung kakiku
Aku usuli
Masih mencari
Untukku fahami
Insani....
Baru ku sadar
Hati ini bukan milikku lagi
Rahsia ini bukan milikku lagi
Hilanglah aku dalam hati...

Satu Dalam Semua

Kembali terbit rasa inginku
Menatap wajahMu yg abadi
Perlahan ku merangkak menyusur kalimah Mu
Memandang ke timur menjenguk ke barat
Namun tidak ku temui Engkau
Lalu ku pindahkan pandangan mantikku ke lubuk hati
Mengharap ku temui rahsia Mu nan agung
Terurailah hijab mata hati ku
Bisa ku rasa hadirnya Engkau di mana jua
Agar ku tunduk bernafas di hamparan Mu

Cerai Tak Terpisah

Detik berlalu masa pun tersingkir
Degup nadi tenang mengalun getar
Ku lepaskan rasa menyimpul di hati
Bersulam kalimah tersimpan rapi
Semakin lama semakin pasti
Denai kita nyatanya tak sehala
Rahsia ini tak mahu kau mengerti
Betapa berat hatiku memikul
Di pundak kolbu aku membeban
Hanya manisnya memujuk rasa
Namun pasti kita kan ketemu
Walau tika ini harus memisah
Tak kan pula kita mencerai
Kerna kita menyatu pada yang sama.