Saturday, February 15, 2014

Insani

Dari hujung rambutku
Membawa ke hujung kakiku
Aku usuli
Masih mencari
Untukku fahami
Insani....
Baru ku sadar
Hati ini bukan milikku lagi
Rahsia ini bukan milikku lagi
Hilanglah aku dalam hati...

Satu Dalam Semua

Kembali terbit rasa inginku
Menatap wajahMu yg abadi
Perlahan ku merangkak menyusur kalimah Mu
Memandang ke timur menjenguk ke barat
Namun tidak ku temui Engkau
Lalu ku pindahkan pandangan mantikku ke lubuk hati
Mengharap ku temui rahsia Mu nan agung
Terurailah hijab mata hati ku
Bisa ku rasa hadirnya Engkau di mana jua
Agar ku tunduk bernafas di hamparan Mu

Cerai Tak Terpisah

Detik berlalu masa pun tersingkir
Degup nadi tenang mengalun getar
Ku lepaskan rasa menyimpul di hati
Bersulam kalimah tersimpan rapi
Semakin lama semakin pasti
Denai kita nyatanya tak sehala
Rahsia ini tak mahu kau mengerti
Betapa berat hatiku memikul
Di pundak kolbu aku membeban
Hanya manisnya memujuk rasa
Namun pasti kita kan ketemu
Walau tika ini harus memisah
Tak kan pula kita mencerai
Kerna kita menyatu pada yang sama.