Thursday, April 16, 2009

BIARKAN IA BERLALU

Bukan semua yang kita inginkan akan kita dapat,
Kadang-kadang apa yang kita dapat itu bukanlah apa yang kita inginkan,
Itu namanya dugaan,
Kita mesti terima apa yang kita dapat itu dengan redha,
Kadang-kadang memang susah hendak menerima kenyataan,
Tetapi selagi kita tidak menerima kenyataan,
Selagi itu hati kita takkan tenang,
Kita perlukan ketenangan untuk terus berfikir yang terbaik untuk kita,
Segala yang terjadi ada hikmahnya,
Tetapi kadang-kadang kita tidak nampak hikmah atau kita lambat menyedarinya,
Ini kerana hati kita diselubungi dendam, kemarahan, benci, dengki, tamak
Kita perlu memaafkan diri sendiri atau dari orang lain dan belajar memaafkan walaupun terlalu berat untuk insan yang lemah seperti kita,
Kemaafkan dapat menyejukkan hati yang panas membara dan melembutkan hati yang keras membatu,
Kasih sayang dapat menghancurkan kekejaman yang dasyat,
Ia juga sentiasa wujud di dalam hati kita,
Jika kita kasihkan seseorang biarlah seikhlas hati,
Tetapi jika kasih putus ditengah jalan janganlah ditangisi,
Biarkan si dia pergi dan tentunya dia akan kembali jika tersurat jodoh seadanya,
Sesungguhnya kita hanya merancang, berusaha dan bertawakkal,
Tetapi bukannlah daya kita untuk mengubah ketentuan Nya,
Jangan sekali putus harapan kerana harapan sentiasa ada untuk orang-orang yang positif

No comments:

Post a Comment